Thursday, August 7, 2008

Seperdu....

Tiada lagi gema seruling...(Ridzuan M.S)

Desa ini tiada lagi gema seruling,
Rang mudanya telah di perantauan,
meninggalkan gadis manis yang rindu,
dan ibu tua yang sayu...

sumur bendang kehilangan,
pondok surau sunyi sendiri,
kali-kali mengalir sepi,
beburung piara himbau-mengimbau...

hati berkocak pabila musim tiba,
tiada siapakan membanting tulang,
di sawah-sawah bendang,
tiada siapakan menebar jala,
membelai ikan-ikan jinak,
di kali-kali pinggir sumur...

namun hak milik adalah tanggungjawab,
untuk dibelai diteroka,
bersama tenaga yang kurang,
bekas-bekas hilang,
semoga kan hijau dedaun padi,
kuning melambai bebuahnya...

mungkin entahkan esok lusa,
rang muda kan pulang,
bersama gurau senda,
bersama cerita kota,
bersama debar rindu,
di hati yang terusap belai,
dara melambai...

semoga
kan lebih meriah
musim menuai...


Seloka Malang Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
ada nasi dicurahkan
awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut
hilir menongkah pasang
ada isteri dibunuh
nyaris mati oleh tak makan

masa belayar kematian angin
sudah dilabuh bayu berpuput
ada rumah bertandang duduk
aduhai malang Pak Kaduk...

7 Ogos ni...team seperdu pegi peraduan baca puisi kat DBP...masyuk abis dengan acapella n latihan yang dah dibuat...(bersungguh-sungguh tau...)
team seperdu deklamasi sajak Tiada Lagi Gema Seruling...pastu, buat seloka Malang Pak Kaduk...Aduhai Malang Seperdu...
selepas berminggu-minggu kegigihan berusaha(hihihi....) akhirnya seperdu tewas (isk..isk..isk..) di tangan juri...
tapi seperdu menang di mata penonton (untuk mengubat hati yang lara)...
memang keciwa abis... tapi kalah menang adat pertandingan (x duli!! we should have won)
pengajaran besar kali ni...
em...

1. sebelum pegi bertanding baca puisi, minum kopi dengan juri.
2. belatih last minit (team seperdu berlatih berminggu-minggu tapi kalah...huhuhu...sedih...tak aci...)
3. goyangkan kepala semasa berpuisi...(hehehe...pengalaman)
4. bawa bubu yang belum digigit...
5. jangan ikut tips-tips di atas (buruks...)

apapun...congrats to En Sawal and team Seperdu kerana telah mengajarku lagu along bukit beruntung kerana aku ALONG (hahaha...xdalah)

overall...
Life is a journey..it can take you anywhere you choose to go..as long as you're learnin...you'll find all the things you need to know...(ish...xda kaitanla dengan entri kali tok)...

Seperdu...you have taught me one of the most valuable lesson in my life...thanks a lot ha...
Lesson apa?tunggu next entri la...sekarang ni masih bersedih lagi...huhuhuhu... :(

Wednesday, July 30, 2008

My Ummah - Sammi Yusuf

My Ummah My ummah, my ummah
He will say Rasulullah
on that day
Even though we've strayed from him and his way
My brothers, my sisters, in Islam
Lets struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way
CHORUS: Ya Allah ya rabbal alamin
Ya rahmanu ya rahim
Ya rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord
Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again
Lets become whole again
Proud again
Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past
My ummah, my ummah
He will say Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way
Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how hed want it to be?
Oh no! Let us bring back our glory

Monday, July 28, 2008

apa erti hidup???

apa erti hidup? cuba tanya soalan ni kat diri sendiri...boleh jawab ke tak? setiap orang ada jawapan yang tersendiri tentang apa yang dia lihat kat hidup ni...itu pun bagi yang ada jawapan,bagi yang takde...amacam?
soalan ni macam senang. tiga patah perkataan je...kalau dieja pun tak sampai 5 minit dah habis.tapi, maksud soalan ni dalam sangat sampai kita kena fikir dalam-dalam sebelum jawab. lepas jawab tanya lagi kat diri-
kadang-kadang kita rasa sendiri, jawapan tadi, jawapan yang kita faham atau jawapan yang kita rasa kita faham...pastu, kalau kita faham, kenapa? kalau kita tak faham pula, kenapa? nah...
kita ada jawapan untuk semua perkara..tapi, perhatikanlah, soalan senang macam ni pun kita tak mampu nak jawab...(kalau ada pun yang mampu jawab, fikirlah lagi,jawapan kita tu sesuai ke dengan tujuan hidup?)
bukan apa, ada insan yang suka mendabik dada dengan fakta dan auta yang dia ada tapi sebenarnya, makin banyak yang kita tahu, makin banyak pula yang kita tak tahu.ironi kan...
kita ni manusia, selalu juga lupa apa yang kita tahu...
ha..berbalik pada soalan tadi, apa erti hidup?
walau apapun pengertian kita tentang hidup, hanya satu kesudahan yang pasti iaitu setiap kehidupan pasti akan berakhir dengan kematian...mungkin, itu juga merupakan satu-satunya persamaan tentang erti hidup bagi semua orang
tanpa erti hidup yang jelas, entah bagaimanalah kematian kita nanti...

Sunday, July 27, 2008

salam.....

minggu ni memang bzzzzzzz........bg suma bebudak PPISMP707SN...sebab? adalah sebabnya...hehehe...w'pun penuh dengan rintangan dan dugaan, akhirnya, tercapai juga hasrat murni kami membantu sahabat kami (aibas) yang dalam kesusahan...congrats everyone!!!!

sumanya kerana malam bakat yang penuh dengan bakat-bakat baru dan lama...
kali ini, tak dapatlah nak buat entri banyak2 bap bz ckit.
tapi, apa yang nak dikongsikan kat cni, berdasarkan apa yang telah b'laku sblm ni...(hehehe...)walau berat manapun sesuatu kerja tu...kalau dibuat bersama-sama, insyaAllah, boleh jadi ringan ckit...tak lupa juga, kadang-kadang, akan muncul beberapa benda penting dalam hdup kita dalam satu masa dan kdg2 tu, kita tak tahu nak pilih mana satu...w'papun, jangan sekali kali mengingkari perintah Allah, dan pilihlah sesuatu yang menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat...di samping tu..ilmu jangan lupa..kenapa?sebab, ilmu bantu kita berfikir dan buat keputusan dengan lebih tepat..wallahualam...
lagi satu, orang selalu kata, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...tak kirala banyak mana pun dugaan, kalau dah bersatu, boleh handle la benda tu...
em...lagi satu, kalau kita buat silap, janganla terus menggelabah...buruk padahnya..lbh baik kita duduk kejap dan berfikir, apa yang kita patut buat untuk baiki kelemahan kita tu...bersyukurlah, sebab bila ada kesilapan, kita sedar yang kita ni ada kelemahan..kita kena ingat,kita ni makhluk ciptaan semata-mata...janganla sombong...
jadi...kalau kawan2 kita buat silap, janganla terus marah ke...apa ke...mengumpat ke...
diri kita sendiri pun bukannya bgs sangat...jadi, tlag menolonglah untuk jd lebih baik...
salam ukhwahfillah...

Monday, July 14, 2008

Lawakkah ini???! (from http://pemudajalanan.blogspot.com/2007/11/lawakkah-ini.html)
Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lalaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana??..adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan??? Kenapa gelak².. tu kan realiti..tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak???? Wallahualam..Ambillah pengajaran daripada cerita ini,Semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan,yang penting kembali dan bertaubat kepadanya, (aku mengharapkan keredaanmu ya Allah)(",)".::Sign Out::.Nabil Harith

my favourite

this is something that i would like to share..


DI SAAT AKU DITALKINKAN! (from http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=1724&action=viewTopic&commentID=10131)

Assalamualaikum wr wbSebak dada bila membaca email ni....but its good ...Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapanitu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil."Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku."Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaransuara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut."Tolong ibu,tolonglah aku,aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa merekasemua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini"."Ibu......".Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkanislam, matilah dalam agama yahudi.....".Ayah.......kau datang ayah......."."Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapanitu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampahyang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......"."Assalamualaikum......"."Siapa yang memberi salam itu?"."Aku"."Kau siapa wahai pemuda???".Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidakpernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya."Kau tak kenal aku?"."Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodohdan sejijik ini"."Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari"."Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wadini mendengarnya."Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"."Akulah amalanmu yang keji..........".Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?Aku teringat kata-kata ustazku dahulu."Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kinibaru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayahdan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku."Tanah apa ini?"."Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan."Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH..... "SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."