apa erti hidup? cuba tanya soalan ni kat diri sendiri...boleh jawab ke tak? setiap orang ada jawapan yang tersendiri tentang apa yang dia lihat kat hidup ni...itu pun bagi yang ada jawapan,bagi yang takde...amacam?
soalan ni macam senang. tiga patah perkataan je...kalau dieja pun tak sampai 5 minit dah habis.tapi, maksud soalan ni dalam sangat sampai kita kena fikir dalam-dalam sebelum jawab. lepas jawab tanya lagi kat diri-
kadang-kadang kita rasa sendiri, jawapan tadi, jawapan yang kita faham atau jawapan yang kita rasa kita faham...pastu, kalau kita faham, kenapa? kalau kita tak faham pula, kenapa? nah...
kita ada jawapan untuk semua perkara..tapi, perhatikanlah, soalan senang macam ni pun kita tak mampu nak jawab...(kalau ada pun yang mampu jawab, fikirlah lagi,jawapan kita tu sesuai ke dengan tujuan hidup?)
bukan apa, ada insan yang suka mendabik dada dengan fakta dan auta yang dia ada tapi sebenarnya, makin banyak yang kita tahu, makin banyak pula yang kita tak tahu.ironi kan...
kita ni manusia, selalu juga lupa apa yang kita tahu...
ha..berbalik pada soalan tadi, apa erti hidup?
walau apapun pengertian kita tentang hidup, hanya satu kesudahan yang pasti iaitu setiap kehidupan pasti akan berakhir dengan kematian...mungkin, itu juga merupakan satu-satunya persamaan tentang erti hidup bagi semua orang
tanpa erti hidup yang jelas, entah bagaimanalah kematian kita nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment